top of page

Teras Pembelajaran

Teras ilmu merupakan tunjang utama pembelajaran di Al Baghdadi Playtime Centre (APC). JOM AL BAGHDADI memberi fokus kepada pembelajaran asas Al Quran Prasekolah Teknik Al Baghdadi. Manakala JOM NADI AL BAGHDADI memberi fokus kepada pembelajaran hafazan AL Quran Prasekolah Teknik Al Baghdadi. 

TERAS BAHASA

Teras Bahasa merupakan teras kedua selepas Teras Ilmu diterapkan. Ia dihasilkan berdasarkan Firman Allah S.W.T: 

 

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal."

 

Oleh itu Teras Bahasa adalah menjadi keutamaan dan ia merangkumi JOM BACA RUMI, JOM BACA JAWI, LET'S READ dan HAYYA NAQRA.

TERAS AKHLAK

Teras Akhlak adalah tunjang dalam mengamalkan agama islam yang diterapkan kepada anak-anak APC berdasarkan Firman Allah S.W.T: 

 

"Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia kecuali agar mereka beribadah kepada Ku."

 

Pembinaan sahsiah melalui contoh tauladan dari Sirah Rasulullah serta amalan soleh menjadi aktiviti harian. Teras Akhlak merangkumi JOM AMAL, JOM IMAN dan JOM IBADAH. Aktiviti-aktiviti pembelajaran bakal mengisi rohani anak-anak APC dengan iman menjadi benteng akidah mereka.

TERAS KOGNITIF

Aspek kognitif merupakan teras ilmu duniawi yang disandarkan kepada aspek pendidikan Al Quran. Teras Kognitif amat perlu untuk meningkatkan daya kreativiti dan keupayaan minda anak-anak APC. Pengukuhan ayat-ayat Al Quran melalui subjek JOM KAJI, JOM KIRA dan JOM KREATIF mampu mengaktifkan keupayaan otak kanan dan otak kiri mereka. 

Teras Ilmu di APC

Hubungi Kami

013-290 3727

asmallAPC.png
Jom APC!
bottom of page